Wednesday 24 October 2018

 'YaAllah temukan aku di sepanjang perjalanan yang berbaki di dunia ini dengan orang yang soleh,yang boleh aku tumpang syafaat berkat mereka'- ni doa aku

Dan saat ini Allah sedang menjawab segala permintaan aku. Dengan izin Dia Allah izin aku jumpa kelas Quran yang aku impikan selama ni. Aku Jadi ghairah walaupun masa mula-mula aku mengaji dengan Sheikhah aku rasa downnnnn sangat sebab tengok kawan-kawan dah boleh gerak laju. Pernah kelas Quran berakhir dengan aku sedang istighfar sebab rasa jeles tak memasal tengok kawan laju baca Quran aku baca sikit salah. Sampaikan Sheikhah pon perasan. 

Tapi niat aku memang nak betulkan bacaan Nak Sheikhah betulkan satu-satu salah aku. Nak talaqi dengan Sheikhah. Dekat setahun setengah duk dalam halaqah Quran ni. Aku dah jumpa ubat ketenangan aku, aku jumpa ubat resah untuk jiwa aku saat sibuk dengan urusan dunia. Dia macam RnR tempat kita rest sekejap untuk bergerak selamat ke destinasi seterusnya.

Wajah-wajah yang bersama, aku impikan akan bersama mereka dalam syurga Aameen

Aku dah jatuh cinta

Setiap minggu aku tunggu halaqah ni

Sibuk macamana pun aku tak akan skip halaqah ni. Aku doa, YaAllah jangan Kau jadikan dunia ni keutamaan dalam hidup kami. Alhamdulillah Allah mudahkan. Banyak benda aku nak ceritaaa

sebab aku jatuh cinta
sebab aku jadi rindu



benarlah sabda baginda

bilamana kita mencintai Allah dan rasul melebihi yang segalanya,
kita mencintai seseorang tidak lain hanya kerana Allah
dan kita benci kepada segala kekufuran

pada saat itu kita sedang dilamun rasa

rasa manisnya keimanan pemberian Tuhan

Allahu Akbar
Tuhan Pemilik Segala Yang Ada


saat aku bertemu

Allahu Akbar

nikmat apakah ini tuhan?

tak pernah aku merasai selazat ini

sehingga memuncak segala rindu

saat bersama

membuah segala cinta

dan pada saat itu aku berdoa

moga Kau pandu selamanya cinta ini


lalu aku cari

cinta yang aku idamkan selama ini

aku pinta kepada pemilik Segala Cinta

temukanlah aku dengan ia

agar aku bisa merasai

indahnya cinta yang bakal aku miliki




benarlah

langkah ini langkah juang menuju Tuhan

tak semudah yang kita sangka

selagi kita yakin dengan janji

Tuhan tidak pernah memungkiri

setiap langkah ini akan diganjari

selamat mendemokrasi jiwa





Aku pernah hilang arah hilang rasa kosong jiwa,

menangis tanpa kata, 

tertanya ' apa yang aku nak sebenarnya? ' 

Hatiku yang paling dalam bersuara,

' kembali pada Dia, tinggalkan dosa '

Aku menangis hiba,

Tuhan, tulusnya jiwa,

yang putih suci itu fitrah kita,

terima kasih Tuhan atas peluang yang keberapa kalinya.